Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia – Kedah

Latar Belakang

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Kedah)  adalah merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.  Pertama kalinya ia didaftarkan pada 11hb Mac 1975. Persatuan ini mempunyai struktur kepimpinan keahlianya yang tersendiri.

PKMM Kedah telah diasaskan melalui semangat Kongres Ekonomi Bumiputra yang mana Pusaka Bumi (sekarang dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor) telah ditubuhkan Kerajaan.  Pada peringkat akhir 1970-an kontraktor Melayu terdiri daripada golongan Kelas F mampu membuat kerja-kerja amat kecil iaitu RM100,000 ke bawah.

Dalam tahun 1980-an perkembangan Kontraktor Melayu dilonjakkan untuk lebih bersaing terutama sekali pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan supaya diramaikan bilangan dan bersaing di pasaran.  Sehingga sekarang Kontraktor Bumiputra yang berdaftar melebihi 14,000 orang/syarikat.

Pada dasarnya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ialah sebuah organisasi menyatupadukan Kontraktor Melayu yang dijelaskan secara terperinci di dalam Buku Perlembagaan dan Perintah Peraturan yang perlu dihayati oleh setiap lapisan pemimpin dan kepimpinan organisasi.