PKMM NEGERI KEDAH DILANTIK EJEN KUTIPAN ZAKAT

25 Feb

PKMM NEGERI KEDAH DILANTIK EJEN KUTIPAN ZAKAT

KOTA SETAR, 20 DISEMBER 2017 -Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) hari ini dilantik secara sah menjadi Ejen Kutipan Zakat berkuatkuasa serta merta bertempat di Menara Zakat (LZNK).

Yang Dipertua (PKMMNK), Mohammad Fauzee Mohamad, berkata, beliau bersama ahli jawatankuasanya akan memastikan bahawa semua ahli (PKMMNK) menunaikan zakat sekaligus dapat membantu ahli (PKMMNK) dengan agihan semula 3/8 kepada ahli (PKMMNK) yang memerlukan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, berkata, beliau meletakkan harapan yang tinggi terhadap Persatuan kontraktor tersebut bagi merialisasikan matlamat (LZNK) untuk mencapai sasaran kutipan RM300 juta tahun hadapan menjadi kenyataan.

Terdahulu, Syeikh Zakaria Othman yang mewakili (LZNK) menandatangani memorandum persefahaman (MOA) dengan Mohammad Fauzee Mohamad, mewakili Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah bagi melantik ejen kutipan zakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ajk Negeri, Ahli-Ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah,Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), serta kakitangan LZNK.

menandatangani memorandum persefahaman (MOA)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *